::LATIHAN SUKAN::

::PROGRAM MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH::

Sebagai pengisian Program Maal Hijrah, satu program gotong-royong memasak bubur asyura telah berlangsung pada 15 hb 1 yang lalu bersamaan hari Jumaat.Warga Sk. Jenalik bersama-sama penduduk setempat telah bersama-sama bergotong-royong memasak bubur asyura. Objektif program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama antara warga SK. Jenalik dan penduduk setempat.Disamping itu, pada hari tersebut juga telah diadakan ceramah untuk para pelajar yang telah disampaikan oleh Tn. Haji. Ustad Uzair bin Abd. Aziz. Kebetulan pada hari yang sama ada heli yang membawa Menteri Pertahanan untuk merasmikan Program Pelancaran 1 Malaysia peringkat PLKN mendarat di padang sekolah.


Program Gotong Royong memasak bubur asyura



Heli yang mendarat di Padang Sk. Jenalik

::STRATEGI::

Kelas Tambahan.
Ujian Pengesanan.
Ujian Percubaan.
Mathronic Camp.
Bengkel/ kerjasama dengan sekolah-sekolah berhampiran.
Back To School (BI dan SN).
Motivasi.
Program WAJA (SN dan MT).
Program Cemerlang UPSR.
Program Kepung.
Perkelahan Sambil Belajar.
Educational Treasure Hunt.

::LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN::

Mengenalpasti potensi murid.

Penetapan Target.

Merancang Strategi.

Pemuafakatan ibu /bapa/penjaga murid tahun 6 dengan guru dan AJK PIBG secara berkala.

Pernilaian-mengesan pencapaian murid.

Penganugerahan.

::HALA TUJU SEKOLAH 2010::

Menyediakan peluang kepada pelajar
untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan serta
kemahiran yang dipelajari.

Memastikan semua murid terlibat
dengan aktif dalam setiap bidang kokurikulum yang
mereka ceburi.

Memberi peluang kepada pelajar
menyuburkan bakat
dan potensi yang sedia ada.

::HUBUNGI KAMI::

Sekolah Kebangsaan Jenalik
33500, Sauk, Perak.
Tel/Fax: 05-7512921
Email: skjenalik@ymail.com

::LAGU SEKOLAH::

Pendidik penyambung wadah
Anak bangsa ibu pertiwi
Baktimu berdekat sudah
Jasamu seharum kasturi

Nilai murni pupuk bersama
Agar hidup harmoni
Moga berjaya di dunia
Juga akhirat sana

(Korus)
Bersamalah berdoa
Menuju puncak jaya
Berusahalah berazam
Membina Malaysia

SK Jenalik kukasihi
Daku berjanji kepadamu
Beramal soleh berbakti
Tuntut ilmu tanpa jemu
Beramal soleh berbakti
Tuntut ilmu tanpa jemu
(ulang korus)


video

::PIAGAM PELANGGAN::

Memastikan semua murid dapat belajar dengan sempurna dan menguasai 3m pada akhir persekolahan

Menyelesaikan masalah murid dan ibu bapa dengan kadar segera

Melahirkan budaya membaca kepada semua pelajar

Mengamalkan budaya senyum di kalangan warga sekolah

Mengamalkan sikap terbuka dan pemuafakatan dengan semua pihak bagi kemajuan pelajaran dan keceriaan sekolah

Terus elakkan kesilapan dan kekalkan kecemerlangan

::BIODATA SEKOLAH::

Nama: Sekolah Kebangsaan Jenalik
Alamat: 33500, Sauk, Perak.
Telefon: 05-7512921
Sidang: Pagi sahaja
Keluasan:
Jumlah guru:
Jumlah kakitangan bukan guru:
Pembahagian pelajar:

::VISI DAN MISI SEKOLAH::

VISI SEKOLAH

MEREALISASIKAN PENDIDIKAN BERKUALITI BERTERASKAN ICT BAGI MELAHIRKAN INSAN TERBILANG MELALUI USAHA YANG BERTERUSAN DENGAN MEMBERIKAN TUMPUAN KEPADA LIMA ELEMEN PENTING IAITU:

KECEMERLANGAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
KECEMERLANGAN AKADEMIK
KEUNGGULAN SAHSIAH
KECEMERLANGAN SUKAN
KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

MISI SEKOLAH

MENJADIKAN SK. JENALIK
ANTARA 20 SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2008,
ANTARA 10 SEKOLAH GEMILANG PADA TAHUN 2009,
ANTARA 3 SEKOLAH TERBILANG PADA TAHUN 2010.

::SEJARAH SEKOLAH::

Sekolah Kebangsaan Jenalik terletak di Kampung Jenalik iaitu sebuah kampung yang terletak jauh di utara bandar Kuala kangsar. Nama sekolah ini diambil bersempena dengan nama Kampung Jenalik itu sendiri. Pada tahun 1959, sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Sauk dan mempunyai kelas darjah satu sahaja. Pada tahun 1985, sekolah ini telah ditadbir sendiri dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan jenalik. Bermula pada tahun 1988 sekolah ini mempunyai kelas darjah satu hingga enam. Keuzuran bangunan sekolah sedia ada memang membimbangkan banyak pihak. Pada tahun 1992, atas inisiatif para guru, AJK PIBG dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, satu pakatan usaha untuk mendapatkan bangunan baru telah dijalankan. 1994; impian menjadi kenyataan, projek sekolah baru bermula. Lokasi sekolah baru terletak 300 meter dari sekolah lama. Sekolah ini siap dibina pada tahun 1995 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu pada 19.7.1996.


::SELAMAT DATANG::



Slamat datang ke blog SK. Jenalik....Terima kasih kerana sudi berkunjung....
 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.