::Persiapan untuk perkhemahan::

jom kita tengok apa depa buat......





::Selamat datang cikgu baru::

Selamat datang diucapkan kepada cikgu Mohd Safuan Bin Mohd Nadzin yang baru memulakan tugas pada hari ini.

::selamat datang fasa terbaru::

salam...selamat kembali kesekolah buat semua cikgu-cikgu dan murid-murid...Moga ceria-ceria selalu...

Buat semua ayah di dunia ini terutamanya bapa-bapa yang ada di sk jenalik ni...tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Hari Bapa...

Dorongan dan motivasimu
Membuatku boleh bertahan dengan segala yang ada
Doamu membuatku selalu kuat menghadapinya
Usahamu
Membuatku berfikir bahawa aku boleh dan mampu untuk melakukannya
Kata-katamu selalu terngiang di telingaku
Membuatku tegar dan tegas dalam menyikapi kehidupan.

____i Luv islam....


sorotan untuk minggu ni..

hujung minggu nie sk jenalik akan mengadakan perkhemahan 3 hari 2 malam...

::kata-kata semangat::

"Nothing happens unless first a DREAM"

Carl Sandburg...


If you can dream it, you can do it.


Walt Disney....

oleh itu tak salah jika kita bermimpi itu dan ini..mungkin mimpi kita akan menjadi kenyataan...

Moga apa yang kita semua impikan akan tercapai...amin...

::mutiara kata untuk hari ini::

INGINKAN MUTIARA SELAMILAH LAUTAN,
INGINKAN BAHAGIA TEMPUHILAH PENDERITAAN,
INGINKAN KEJAYAAN RELAILAH PENGORBANAN,
KETAHUILAH BAHAWA SETIAP KEPAHITAN ITU,
SEBENARNYA TERKANDUNG 1000 KEMANISAN.

renung-renungkanlah....

.::petikan i luv islam....::.

::Dalam Memori::

Jom ikuti satu kisah nie dimana ia mengisahkan kegigihan seorang pelajar untuk menuntut ilmu walaupun menghidapi penyakit yang berbahaya.....

DALAM MEMORI.
Kerana Sejenis Sel, Hidupku Berubah. “Kejayaan manusia yang sebenar bukannya terletak pada jumlah harta kita miliki atau pada pangkat yang kita duduki. Kejayaan manusia hanya dating dalam agama iaitu sejauh mana seseorang itu dapat mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t dengan cara Nabi s.a.w.”

Saya yakin, setiap kejadian buruk yang tlah Tuhan turunkan ke atas diri ini ada rahmat-Nya. Saya pecaya kepada Qada’ dan Qadar Tuhan dan saya tidak pernah menyesal. Segalanya bermula pada tahun 1999. Sewaktu itu saya berada di Tingkatan 3 Bunga Raya. Debaran untuk menghadapi PMR sudah mula terasa apabila pelbagai perancangan telah dibuat oleh pihak sekolah supaya para pelajar tingkatan 3 memperoleh keputusan cemerlang. Seperti rakanyang lain, saya juga sibuk mengulang kaji pelajaran agar semuanya berjalan lancer menjelang peperiksaan nanti.

Namun, pada pertengahan tahun tersebut, suatu kejadian yang tidak pernah saya jangkakan telah berlaku. Kesakitan yang tidak pernah saya jangkakan telah berlaku. Kesakitan yang tidak terhingga pada kaki kiri saya telah menyebabkan saya sentiasa mengambil cuti sakit. Setelah berjumpa doctor pakar dan menjalani satu pembedahan kecil, saya telah disahkan menghidapi penyakit osteosarcoma atau lebih dikenali sebagai kanser tulang. Ia merupakan suatu kejutan yang besar dalam diari hidup saya. Walaupun pahit untuk ditelan, namun ini semua adalah lumrah kehidupan. Saya tetap tabah menjalani kehidupan kerana itu ketentuan Tuhan. Semenjak itu, hospital menjadi rumah kedua saya.

Tanggal 31 Ogos, iaitu pada Hari kemerdekaan Negara kita, saya dimasukkan ke Hospital Universiti. Saya terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 pusingan selama lebih kurang 6 bulan. Sememangnya, rawatan ini mempunyai pelbagai kesan sampingan yang menyebabkan badan seseorang itu menjadi lemah. Saya mula hilang selera makan, keguguran rambut dan yang paling teruk mengalami muntah yang berpanjangan. Dalam keadaan yang sedemikian rupa, semangat untuk belajar tidak pernah luntur. Dengan dorongan keluarga dan bantuan rakan-rakan serta pihak sekolah. Saya kuatkan semangat untuk menghadapi segala ujian yang menimpa diri saya. Biarpun terdapat sel-sel yang membahagi secara tidak normal di dalam badan saya, saya akan tetap terus berjuang hingga ke noktah yang terakhir. Itulah janji saya pada diri saya yang kerdil ini.

Akhirnya, hari yang bakal menentukan masa depanku, iaitu PMR tiba juga. Namun , saya tidak seperti orang lain yang mengambil peperiksaan di dewan sebaliknya saya terpaksa mengambilnya di dalam wad hospital. Biarpun asing bagi saya, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghadapinya. Selepas peperiksaan PMR berakhir doctor telah mengarahkan saya menjalani pembedahan kaki dengan secepat mungkin, agar sel itu tidak merebak ke organ lain. Bersyukur kehadrat ilahi kerana pembedahan itu berjalan lancer dan Berjaya seperti yang dirancang. Esok PMR akan diumumkan. Walaupun, saya tidak pasti akan keputusan yang bakal diterima, namun saya berdoa agar usaha dan keperitan menanggung kesakitan selama ini akan membuahkan hasil. Alhamdulillah, keputusan yang diumumkan amat mengejutkan, saya telah berjaya memperoleh 8A dalam PMR.

Keputusan PMR yang saya telah peroleh itu melayakkan saya ke MRSM seperti yang diidamkan selama ini. Namun hasrat saya terpaksa dikuburkan memandangkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya memasuki tingkatan 4 agak lewat daripada pelajar-pelajar lain kerana terpaksa berehat seketika dirumah untuk memulihkan keadaan badan saya yang masih lemah. Doktor juga telah mengesyorkan agar saya memakai tongkat semasa berjalan. Kekurangan diri ini mulai terasa apabila berhadapan dengan teman-teman yang sempurna biarpun mereka tidak pernah menyisihkan diri saya. Mereka melayan saya dengan baik dan amat memahami penderitaan yang sedang saya alami. Sememangnya jika boleh, saya ingin melakukan aktiviti lasak bersama mereka. Namun apakan daya.

Saya telah ditempatkan di dalam kelas 4 Kemboja dan pihak sekolah telah mengarahkan kelas tersebut supaya berpindah kebahagian bawah kerana keadaan diri saya yang tidak berupaya menaiki tangga. Walaupun saya amat berterima kasih kepada pihak sekolah, namun saya juga berasa risau jika arahan tersebut menyebabkan pelajar-pelajar tingkatan 4 Kemboja menganggap diri saya sebagai suatu bebanan. Syukur kepada-Nya, mereka sanggup melakukan pengorbanan tersebut dengan hati yang terbuka dan telah melayan saya dengan baik. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik mereka semua. Sewaktu pendidikan jasmani, saya serig berasa tersisih kerana tidak dapat turut serta bersama-sama rakan-rakan yang lain. Keadaan diri saya ini sering membantutkan niat saya untuk kembali aktif dalam kokurikulum. Namun, saya hanya mampu pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Selama setahun saya berada di tingkatan 4, masalah kesihatan saya tidak timbul. Namun, manusia hanya merancang dan hanya Allah menentukan segalanya. Pada awal tahun 2001, doctor telah mengesahkan bahawa sel kanser tersebut telah merebak ke peparu kiri saya. Sekali lagi saya terpaksa dihempap perasaan sedih dan kecewa. Saya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani satu pembedahan dan rawatan kemoterapi sebanyak 3 pusingan. Kehadiran sel itu di peparu saya sedikit sebanyak menyebabkan saya berasa cepat letih. Komposisi darah di dalam badan saya juga sering berkurangan dan ini menyebabkan saya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Meskipun, ibu dan bapa saya tidak melahirkan perasaan sedih mereka, tetapi saya dapat merasakannya. Berkat sokongan mereka, guru-guru, teman-teman serta semangat dan keyakinan diri, akhirnya saya dapat mengharungi dugaan ini dengan hati yang tabah.

Setelah habis menjalani rawatan, saya kembali semula kesekolah walaupun badan saya masih lemah. Saya terpaksa berbuat demikian kerana memikirkan peperiksaan SPM yang bakal saya hadapi. Namun, apabila waktu peperiksaan menjelang tiba, saya sering jatuh sakit dan ia telah melarat hingga ke hari yang ditunggu-tunggu. Saya terpaksa tabahkan hati untuk melalui semua ini sekali lagi dan syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menghabiskan kesemua kertas peperiksaan dengan hati yang tenang. Apabila keputusan SPM telah diumumkan, pihak sekolah telah memberitahunya bahawa saya telah lulus dengan cemerlang. Saya telah memperoleh 8A 1B dan ini adalah dating dari Allah. Tanpa belas rahim-Nya, saya tidak akan mendapat semua ini.

Kini, kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk menyambung pelajaran saya. Doktor telah mengesahkan bahawa peparu kiri saya masih ada saki –baki sel kanser dan secara tidak langsung telah menyebabkan peparu kiri saya tidak dapat berfungsi lagi. Saya hanya mampu berdoa dan yakin kepada-Nya agar Dia menyembuhkan penyakit saya walaupun saya tahu penyakit ini memang tiada ubatnya. Mungkin ramai orang beranggapan saya sudah bersedia menghadapi kehidupan yang kelam, tetapi saya tidak. Mengertilah….semua ini tidak pernah saya pinta. Semua yang berlaku adalah takdir Allah dan saya menerima dengan redha. Dan apakah yang lebih baik daripada itu?!
Cetusan rasa Fadzilah Bt. Malim Jaafar RPS (1997-2001)


“Begitulah suratan kehidupan insan segala-galanya ditentukan oleh Allah yang maha esa. Sebagai hamba-Nya kita hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Tanggal 5 Jun 2001 saudari Fadzilah telah kembali menghadap Allah yang satu, setelah beberapa hari mendaftar diri di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang kedoktoran. Walaupun jasadnya sudah hilang di pandangan namun kegigihan, ketabahan, sikapnya yang peramah dan sentiasa ceria pasti akan terpahat dalam memori guru-guru dan rakan-rakan yang mengenali hati budinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.”

.::Cerita ini dipetik dari Majalah Harapan keluaran 2002 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh::.

::apy besday::

salam....erm...dah masuk bulan jun rupanya....erm..apy bday diucapkan untuk cikgu2 dan staf yang menyambutnya pada bulan nie....

Pn. Rohaida Binti Din 14/6

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.