::CABARAN DAN HARAPAN GURU BESAR::


Cabaran dan harapan dari Guru Besar

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita meneruskan perjuangan kita dalam bidang pendidikan pada tahun 2010.

Dikesempatan ini marilah kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru SK Jenalik kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang tahun 2009. Ucapan tahniah dan syabas juga diberikan kerana usaha tuan-tuan dan puan-puanlah maka pencapaian UPSR 2009 meningkat sebanyak 12.2%. Saya berharap pada tahun 2010 kerjasama dan komitmen yang lebih baik dapat diberikan demi kemajuan anak didik disekolah ini. Saya penuh percaya dan yakin tuan-tuan dan puan-puan akan terus berjuang memperhambakan diri mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat dan jemu, berusaha sedaya upaya dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab demi kejayaan anak-anak didik kita supaya menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam sahsiah, disiplin dan akademik. Warga SK Jenalik amat berbangga dengan semangat dan iktizam yang tinggi yang tuan-tuan dan puan-puan tunjukkan bagi merealisasikan visi dan misi sekolah ini.

Marilah kita menjalankan tugas dengan:-

1. Bekerja dalam satu pasukan dengan ikhlas dan jujur untuk mencapai visi.
2. Berperibadi mulia, agar dapat diteladani oleh murid-murid.
3. Peka terhadap sebarang perubahan semasa.
4. Sentiasa bersedia dan mempunyai perancangan dalam semua tindak tanduk yang hendak dilakukan.
5. Proaktif dan berdaya saing.
6. Bekerja dengan mengabdikan diri kepada Allah. Disini saya ingin mengambil kesempatan merakam setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan yang telah menyumbang tenaga dan bakti terhadap anak-anak didik SK Jenalik dalam sepanjang perkhidmatan saya disini. Segala kekurangan dan kesilapan, saya mohon maaf zahir dan batin.

Akhir kata salam takzim dan selamat tahun baru serta selamat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan iktizam.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


(HJH NORME BT. IBRAHIM)
Guru Besar,
SK Jenalik

No comments:

Post a Comment

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.