::HADITH UNTUK HARI INI::

Assalamualaikum,

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar. (Riwayat Muslim)

Hadis Aisyah r.a katanya:
Kami mempunyai kain langsir yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain langsir yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: "Gantilah kain langsir ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia." (Riwayat Muslim)

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan." (Riwayat Muslim)

.::ARTIKEL DARI USTAD MUHAMMAD ALI BIN ABD RAHMAN::.

No comments:

Post a Comment

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.