::PROGRAM MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH::

Sebagai pengisian Program Maal Hijrah, satu program gotong-royong memasak bubur asyura telah berlangsung pada 15 hb 1 yang lalu bersamaan hari Jumaat.Warga Sk. Jenalik bersama-sama penduduk setempat telah bersama-sama bergotong-royong memasak bubur asyura. Objektif program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama antara warga SK. Jenalik dan penduduk setempat.Disamping itu, pada hari tersebut juga telah diadakan ceramah untuk para pelajar yang telah disampaikan oleh Tn. Haji. Ustad Uzair bin Abd. Aziz. Kebetulan pada hari yang sama ada heli yang membawa Menteri Pertahanan untuk merasmikan Program Pelancaran 1 Malaysia peringkat PLKN mendarat di padang sekolah.


Program Gotong Royong memasak bubur asyura



Heli yang mendarat di Padang Sk. Jenalik

No comments:

Post a Comment

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.