::SEJARAH SEKOLAH::

Sekolah Kebangsaan Jenalik terletak di Kampung Jenalik iaitu sebuah kampung yang terletak jauh di utara bandar Kuala kangsar. Nama sekolah ini diambil bersempena dengan nama Kampung Jenalik itu sendiri. Pada tahun 1959, sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Sauk dan mempunyai kelas darjah satu sahaja. Pada tahun 1985, sekolah ini telah ditadbir sendiri dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan jenalik. Bermula pada tahun 1988 sekolah ini mempunyai kelas darjah satu hingga enam. Keuzuran bangunan sekolah sedia ada memang membimbangkan banyak pihak. Pada tahun 1992, atas inisiatif para guru, AJK PIBG dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, satu pakatan usaha untuk mendapatkan bangunan baru telah dijalankan. 1994; impian menjadi kenyataan, projek sekolah baru bermula. Lokasi sekolah baru terletak 300 meter dari sekolah lama. Sekolah ini siap dibina pada tahun 1995 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu pada 19.7.1996.


No comments:

Post a Comment

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.