::Menjana Tranformasi Ke arah 1Malaysia::

Tema bulan kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Sambutan bulan kemerdekaan 2010 bermula 1 dan berakhir 16 September di Kangar dan Kota Kinabalu, selain di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, tema sambutan perayaan kali ini ialah "Menjana Tranformasi Ke arah 1Malaysia" yang menjadi aspirasi negara.

“Antara pengisian sambutan bulan kemerdekaan tahun ini ialah persembahan kebudayaan, pertunjukan dari polis dan tentera dan bunga api,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Rais berkata, sambutan hari Malaysia 16 September di Kota Kinabalu akan turut dihadiri wakil dari Sarawak dan Semenanjung.

Katanya, lebih bermakna lagi pihak swasta akan memberi sumbangan dan penajaan sebanyak RM25 juta.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu kos sebenar sambutan bulan kemerdekaan.

Menurut Rais, sambutan di stadium Putra akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dijangka dihadiri 20,000 orang.

.::dipetik daripada Free Malaysia Today bertarikh 8 Julai 2010::.

No comments:

Post a Comment

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.