::Sekadar Renungan::

erm..arini hari jumaat.....
jumaat pertama dalam bulan Ramadhan....
moga kita semua sihat2 sentiasa dan selamat berpuasa....

erm....ari nie sekadar nk berkongsi dengan semua tentang 12 sifat sahabat yang baru ja dibaca....
semua sifat ni ada kat sahabat2 yang paling aku sayang...moga sifat2 ni ada gak kat sahabat anda masing-masing...amin....

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


No comments:

Post a Comment

 

Hak Cipta Terpelihara Sk. Jenalik, 33500, Sauk, Perak.